Sushi
Hari nie aku pegi Phillipine National Day reception di Marriot Hotel. Antara food yg ade sushi, roast beef and chicken and fried glassnoodle - simple food je tp aku suka. Balik dr reception, aku bawak deena keluar jalan2 sebab weather cantik & bagus ari nie. Biasa la budak tu, happy je bila momi bawak jalan. Untuk dinner aku tak tau nak masak apa, plus hari nie adalah hari malas ku…hehheehehe…Maka terimalah, menu hari malas ku, sushi. Pada sesapa yg berminat nak buat sushi, nie aku share resepi sushi aku(sendiri reka nih).
Sushi Rice
1 ½ cawan beras sushi/short grain rice (kalau tak de beras biasa pon bole)
2 tablespoon rice vinegar/white vinegar
2 tablespoon gula
½ teaspoon garam
Masak nasi seperti biasa, kalau guna beras biasa lebihkan sedikit air. Panaskan vinegar, gula & garam sehingga larut. Setelah nasi masak, masukan dalam mangkuk kemudian digaul dgn larutan vinegar. Kipaskan nasi tadi hingga sejuk. (aku letak je kat bawah fan).
Untuk filling, ikut citarasa memasing…bole guna crabstick, salmon, timun, guacamole(avocado), carrot anything that u desire. Untuk yg tidak suka raw fish bole gantikan dgn ayam bakar, kalau nak sedap marinate dulu dgn teriyaki sauce, kalau tak de marinate dengan sedikit kicap & pepper aje.Semua bahan utk filling perlu di potong memanjang.
Bahan wajib ade nori(dried seaweed) dengan sushi mat utk menggulung sushi.
How to roll sushi, sila ke http://www.mediterrasian.com/cuisine_of_month_sushi.htm . Senang ade gambar cara2 nak roll sushi tu. Aku malas nak type…hehheehehe..Selamat mencuba...